





![]() | Hari Ini | 1 |
![]() | Kelmarin | 84 |
![]() | Minggu Ini | 363 |
![]() | Minggu Lepas | 532 |
![]() | Bulan Ini | 1179 |
![]() | Bulan Lepas | 2210 |
,
Hari Ini: 18 May, 2012
Minggu Sains SMKA Wataniah Tahun 2012
Salam hormat,
Minggu Sains SMKA Wataniah akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 8 hingga 12 April 2012
Acara-acara:
- Kuiz spontan
- "Crossword puzzle"
- Melukis alar radas makmal
- Melukis mural
- Pameran sains
- Persembahan sains
Semua pelajar dijemput mengambil bahagian dalam acara yang julung-julung kali diadakan.
"MARI TEROKAI ALAM SAINS"
Latihan Pengungsian Bangunan Asrama SMKA WataniahSalam hormat, Latihan pengungsian bangunan asrama SMKA Wataniah telah diadakan pada 7 April 2012. Latihan ini telah diadakan pada jam 2.00 pagi. Semua warden telah diberikan taklimat latihan pengungsian bangunan oleh Ustaz Zaki Bin Mohamad selaku Ketua Warden merangkap Ketua Isiden pada 7 April 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Asrama pada jam 3.00 petang. Pada jam 1.50 pagi "kebakaran" telah dikesan di blok asrama puteri lantas loceng penggera kebakaran telah dibunyikan. Pihak pengawal keselamatan asrama telah menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Jertih untuk memadamkan kebakaran. Para penghuni asrama pula telah diberikan arahan mengosongkan asrama mengikut laluan pelan kecemasan yang telah ditaklimatkan. Kira-kira lima minit kemudian, kebakaran telah dapat dipadamkan dan semua pelajar telah selamat berkumpul di dataran asrama. Bilangan pelajar mengikut dorm telah dicatatkan dengan bantuan pegawai insiden (warden). Setelah bilangan pelajar dikira masih terdapat seorang pelajar asrama yang tidak turun dan disyaki telah terperangkap di dalam dorm. Gerakan menyelamat telah dijalankan oleh pegawai bomba. "Mangsa" kebakaran telah dijumpai di dalam dorm dan telah diusung keluar oeh pagawai bomba ke tempat berkumpul dan diberikan rawatan lanjut. Alhamdulillah, latihan ini telah berjaya memberikan pengalaman berharga kepada para penghuni asrama untuk bertindak sekiranya berhadapan dengan senario kebakaran. Akhir sekali, Encik Abdullah Bin Abd. Rahman, pegawai Bomba dan Penyelamat Jertih telah mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya melaksanakan latihan ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Jertih dalam menjayakan latihan ini.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011“Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012”. |





